Saturday, 11 July 2009

Latihan 2- Nouns

The instruction of how to do this exercise is a bit difference from exercise 1/Latihan 1.

What is the instruction?
Pick out the nouns in these sentences and write them in the brackets.
Arahan tentang cara-cara membuat latihan ini adalah lain sedikit daripada Latihan 1.
Apakah arahanya yang lain itu?
Pilih kata nama yang terdapat di dalam ayat ini dan tuliskannya di dalam kurungan.

"pick out" bermaksud memilih seseorang atau juga sesuatu daripada sebilangan orang atau sebilangan benda. Jadi di dalam arahan ini ianya bermaksud kita kena memilih satu perkataan "nouns" daripada beberapa perkataan yang terdapat di dalam setiap soalan di dalam Latihan 2 ini.
e.g. Her brother is a doctor. ( )
Her brother is a doctor. (brother, doctor)
misalnya.
Abangnya adalah seorang doktor. ( )
Abangnya adalah seorang doktor. ( Abang, doktor)
1. His father is always busy. ( )
1. His father is always busy. (father )
1. Bapanya adalah selalu sibuk. ( )
1. Bapanya adalah selalu sibuk. (Bapa )
2. Have you a servant? ( )
2. Have you a servant? (you, servant )
2. Adakah awak mempunyai pembantu rumah? ( )
2. Adakah awak mempunyai pembantu rumah? (awak, pembantu rumah)
3. The dog barked at the man. ( )
3. The dog barked at the man. (dog, man)
3. Anjing menyalak kepada lelaki itu. ( )
3. Anjing menyalak kepada lelaki itu. (Anjing, lelaki)
4. The teacher talked to the girl. ( )
4. The teacher talked to the girl. (teacher, girl )
4. Guru bercakap dengan budak perempuan itu. ( )
4. Guru bercakap dengan budak perempuan itu. (Guru, budak perempuan)
5. Our gardener has a daughter. ( )
5. Our gardener has a daughter. (gardener, daughter)
5. Tukang Kebun kami mempunyai seorang anak perempuan.( )
5. Tukang kebun kami mempunyai seorang anak perempuan.(Tukang kebun, anak perempuan)

Latihan 1-Nouns

Now, we look into the exercise that follows our first lesson. I will not force all of you to do the exercise or answer the question, but I will do the exercise or answer the question on behalf of all of you. Because, my method of teaching English in this blogsite is to feed you by guessing what's inside Malays' mindset in understanding English language. But you can comment for the sake of this blogsite either your comments are addressed to me, Zainuddin or the surfers who might get the benefits from your comments.
Dan sekarang kita akan buat latihan yang menyusuli pelajaran pertama kita. Saya tidak akan memaksa anda semua untuk membuat latihan ini atau menjawab soalan-soalannya, tetapi sayalah yang akan membuat latihan itu atau menjawab soalan bagi pihak anda semua. Kerana kaedah mengajar Bahasa Inggeris di laman blog ini adalah dengan menyuap anda dengan meneka apakah di dalam "mindset" orang-orang Melayu ke arah membantu mereka memahami Bahasa Inggeris. Namun itu tidaklah bermakna anda semua tidak boleh komen blog ini. Apa salahnya, sekira komen-komen itu untuk manfaat blog ini, tidak kiralah ianya ditujukan kepada saya sendiri atau pelawat-pelawat laman blog ini.




Fill in the blanks with the right words in the brackets. Then write out each sentence.
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang betul di dalam kurungan. Kemudian tulis semula setiap ayat.

e.g. is an abbreviation of for example, for instance which is derived from Latin, exempli gratia
e.g. adalah singkatan daripada misalnya, sebagai contoh yang diambil daripada perkataan Latin exempli gratia.


e.g. A .......... makes tables. (doctor, butcher, carpenter)
A carpenter makes tables.
sebagai contoh
.......... membuat meja. (doktor, penjual daging, tukang kayu)
Tukang kayu membuat meja



1. A .......... makes clothes. (tailor, soldier, miner)
1. .............. membuat pakaian.(tukang jahit, askar, pelombong)
Tukang Jahit membuat pakaian.

Cuba kita perhatikan di sini, bahasa Inggeris tetap menggunakan perkataan membuat bagi menjahit pakaian. Kenapa ini berlaku? Di sinilah kita perlu faham bahawa budaya di dalam sesuatu bangsa adalah berbeza.
Sebagai contoh, untuk sebiji beras, di negara kita Malaysia kita memanggilnya, iaitu maksud saya kita menggolongkannya kepada beberapa nama iaitu padi, melukut, nasi, antah, dedak dan lain-lain lagi seperti gabah, empeng. Kenapa begitu adalah kerana beras adalah budaya kita, orang-orang Malaysia, di mana nasi adalah makanan ruji kita dan negara kita pernah menjadi salah satu negara pengeksport utama beras dunia suatu masa dahulu.
Tetapi perkara ini tidak berlaku kepada negara-negara seperti negara United Kingdom, misalnya, lantaran makan nasi bukanlah budaya mereka. Oleh kerana itu, cukuplah dengan menamakan 'rice' sebagai terjemahan untuk perkataan beras dan lain-lain yang serupa dengannya seperti yang saya sebutkan di atas, padi, melukut, antah, dedak dan lain-lain. Kerana itu bukanlah satu keperluan bagi bahasa Inggeris.
Dan sekarang kita akan mengambil contoh apa yang bukan budaya di negara kita Malaysia, tetapi ianya adalah budaya di negara lain, misalnya apa yang akan saya paparkan sebagai contoh ialah negara-negara Tanah Arab. Contoh yang akan saya kemukakan ialah tentang nama-nama unta di dalam bahasa Arab, yang terdapat begitu banyak nama, bukannya seperti di dalam bahasa Malaysia yang hanya satu nama.
Di dalam bahasa Arab, setiap peringkat umur unta tersebut akan mempunyai namanya yang berlainan. Saya tidak tahu secara lanjut tentang perkara ini, cuma saya ambilkan perkara ini untuk dijadikan contoh, tentang maksud budaya yang berperanan di dalam menentukan gaya dan corak sesuatu bahasa.

Cukuplah setakat ini, sekiranya terlintas pada fikiran saya lagi tentang apa-apa, maka saya akan
perturunkannya selepas ini.


Kita sambung dengan latihan kita.
2. A..........looks after sick people. (teacher, farmer, nurse)
A nurse looks after sick people.
2. .............menjaga orang yang sakit. (guru, peladang, jururawat)
Jururawat menjaga orang yang sakit.


3. ............quack. (parrots, monkeys, ducks)
Ducks quack.
3. ............menguek. (burung nuri, monyet, itik)
Itik menguek.


4. A..........hisses. (rabbit, wolf, snake)
A snake hisses.
4. ..........mendesis. (arnab, serigala, ular)
Ular mendesis.


5. .......... tick. (clocks, guns, coins)
Clocks tick.
5. .......... berdetik. (jam, senapang, duit syiling)
Jam berdetik.


6. A.......... rings. (drum, whistle, bell)
A bell rings.
6. .......... berdering. (dram, wisel, loceng)
Loceng berdering.

Di dalam kes ini, mengapa saya taruh perkataan berdering untuk menterjemah perkatataan "ring/rings". Memanglah ianya tidak tepat, sedangkan perkataan berdering hanya digunakan untuk telefon. Sebabnya ialah hanya perkataan berdering, perkataan yang satu patah yang hanya ada dan hampir makna yang boleh mewakili maksud perkataan "ring/rings"
di dalam bahasa Inggeris. Kerana di dalam bahasa Malaysia, kita hanya menyebut loceng dibunyikan atau pun loceng telah dibunyikan sahaja, tanpa memberi gelaran khusus iaitu dengan melabelkan jenis bunyian yang dikeluarkan oleh alat loceng.


7. A king lives in a .......... (house, palace, tent)
A king lives in a palace .
7. Raja tinggal di dalam .......... (rumah, istana, khemah)
Raja tinggal di dalam istana.



8. Spiders live in .......... (webs, dens, nests)
Spiders live in webs .
8. Labah-labah tinggal di dalam ........... (sarang labah-labah, sarang haiwan dalam hutan, sarang burung)
Labah-labah tinggal di dalam sarang labah-labah.

Dalam terjemahan kepada Latihan 1-Nouns di atas, kalau kita perhatikan ianya menjadi begitu mudah untuk menjawab latihan itu, sekiranya berpandukan kepada yang berbahasa Malaysia, kerana jenis sarang-sarang itu sudah spesifik, bukannya umum. Kenapa saya tonjolkan perkara ini adalah untuk memberi gambaran kepada anda bahawa di dalam Bahasa Inggeris tentang jenis-jenis sarang ianya sudah dikhususkan terus kepada haiwan tersebut bukannya seperti di dalam bahasa Malaysia, di mana kita hanya menyebutnya sebagai sarang secara umum. Cumakan apabila kita ingin mengetahui apakah jenis sarang-sarang tersebut baharulah kita perincikannya pula samada sarang labah-labah, sarang haiwan dalam hutan seperti gajah, singa, harimau dsb dan juga sarang burung sebagai contoh.



9. Wild animals are kept in a .......... (zoo, castle, stable)
Wild animals are kept in a zoo .
9. Haiwan liar dipeliahara di dalam ........... (zoo, kastil, kandang kuda)
Haiwan liar dipelihara di dalam zoo.

* Kastil (sebagaimana yang terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga pada halaman 883) bermaksud bangunan kepunyaan bangsawan iaitu pada zaman dahulu yang dibentengi yakni dikubui untuk mempertahankannya daripada serangan.


10. A young dog is called a .......... (lamb, puppy, kitten)
A young dog is called a puppy .
10. Anak anjing dipanggil ........... (anak kambing, anak anjing, anak kucing)
Anak anjing dipanggil anak anjing .

Di sini perkara seperti di soalan nombor 8 berlaku lagi, cumakan saya ingin menambah satu perkara iaitu, perkataan "young" di dalam soalan di atas adalah merujuk kepada anak haiwan atau burung.

Di sini saya akan ambil terus petikan daripada OXFORD FAJAR Advanced Learner's English-Malay DICTIONARY yang ditulis oleh A S HORNBY dan diterjemah dan diedit oleh Asmah Haji Omar pada halaman 2217

Apa yang terdapat pada kamus itu adalah seperti berikut:-

young noun [plural: jamak] 1 (of animals and birds) offspring: young ones: (berkenaan binatang dan burung) anak . The cat fought fiercely to defend its young, ie its young kittens: Kucing itu melawan dengan ganas untuk melindungi anaknya, yakni anak-anak (kucing)nya yang masih kecil.







Pelajaran 1

Pelajaran pertama kita pada kali ini, ialah tentang Nouns. Jangan kita keliru dengan perkataan 's" pada hujung Nouns tersebut kerana semua perkataan Nouns Bahasa Inggeris akan diakhiri dengan 's' untuk "countable" dan tanpa 's' bagi "uncountable noun".

Sebelum saya memberi penjelasan saya tentang nouns, saya akan menterjemahkan apa yang tertulis pada halaman 1 buku ini. Untuk terjemahan terhadap kandungan daripada buku "Practical English Usage [English as a Second Language] ini saya tidak akan memberi ulasan, kecuali dengan memberi ulasan saya, ianya dapat menambahkan lagi kefahaman anda.

Terjemahan:
What can we see in the picture?
Apakah yang dapat kita lihat di dalam gambar itu?

We can see some boys, some girls, some birds, a dog, a road, a pond, a tree and a car.
Kita dapat melihat beberapa orang budak lelaki, beberapa orang budak perempuan, beberapa ekor burung, seekor anjing, sebatang jalan raya, sebuah kolam, sebatang pokok dan sebuah kereta.

They are the names of people, animals, places, and things.
Mereka adalah nama kepada orang, haiwan, tempat dan benda.

What do we call these words?
Apakah yang kita gelarkan kepada perkataan-perkataan ini?

We call them nouns.
Kita gelarkan mereka kata nama.

Nouns are the names of people, animals, places and things.
Kita boleh simpulkan bahawa Nouns adalah nama orang, haiwan, tempat dan benda.


Ulasan Zainuddin:
Saya hanya ada ulasan ringkas di sini tentang apa itu Nouns, iaitu Nouns adalah perkara paling asas yang perlu kita fahami, sebelum kita mempelajari perkara-perkara lain selepas ini.

Buku Yang Saya Jadikan Sumber Rujukan Utama


Inilah rupa kulit buku yang akan dijadikan rujukan utama sepanjang saya mengendalikan laman blog ini. Sewaktu saya di sekolah rendah dahulu iaitu pada tahun akhir 1970an, buku inilah juga yang dijadikan rujukan oleh guru pembimbing saya, seolah-olah guru Tuisyen pada masa sekarang. Ayah saya begitu mengambil berat tentang kebolehan berbahasa Inggeris. Saya dan adik perempuan saya akan menaiki bas awam pada setiap pagi hari Jumaat, untuk ke rumah Cikgu Tuisyen tersebut di pekan Chabang Tiga. Saya tidak sama sekali mengatakan diri saya ini pandai, cumakan saya ingin mencuba keupayaan saya untuk memperturunkan iaitu mewariskan ilmu Bahasa Inggeris saya ini kepada anak bangsa saya.
Namun, setakat mana kemampuan diri saya, saya tidak dapat menjangkakan selagi saya tidak mencubanya, iaitu sekarang melalui laman blog ini. Bak kata pepatah Melayu, belum cuba belum tahu.

Sunday, 28 June 2009

Apakah Tujuan Blog Ini Dibuat?

Saya ingin menerangkan tujuan saya membuat blog ini "Mind Your English Language".

Tujuannya ialah saya ingin mencuba kebolehan dan kemahiran disamping kegigihan saya mengajar Bahasa Inggeris kepada pelawat-pelawat blog saya. Mungkin saya tidak mempunyai ijazah di dalam Bahasa Inggeris, namun perasaan kecil ini tetap ingin mencuba.


Okay selamat belajar dan saya pun akan turut mempelajari sesuatu hasil daripada blog ini.


Terima Kasih banyak-banyak yang tak terhingga daripada saya.


Zainuddin bin Sulaiman
Taman Sri Baung,
Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan.