
Inilah rupa kulit buku yang akan dijadikan rujukan utama sepanjang saya mengendalikan laman blog ini. Sewaktu saya di sekolah rendah dahulu iaitu pada tahun akhir 1970an, buku inilah juga yang dijadikan rujukan oleh guru pembimbing saya, seolah-olah guru Tuisyen pada masa sekarang. Ayah saya begitu mengambil berat tentang kebolehan berbahasa Inggeris. Saya dan adik perempuan saya akan menaiki bas awam pada setiap pagi hari Jumaat, untuk ke rumah Cikgu Tuisyen tersebut di pekan Chabang Tiga. Saya tidak sama sekali mengatakan diri saya ini pandai, cumakan saya ingin mencuba keupayaan saya untuk memperturunkan iaitu mewariskan ilmu Bahasa Inggeris saya ini kepada anak bangsa saya.
Namun, setakat mana kemampuan diri saya, saya tidak dapat menjangkakan selagi saya tidak mencubanya, iaitu sekarang melalui laman blog ini. Bak kata pepatah Melayu, belum cuba belum tahu.
No comments:
Post a Comment