Saturday, 11 July 2009

Pelajaran 1

Pelajaran pertama kita pada kali ini, ialah tentang Nouns. Jangan kita keliru dengan perkataan 's" pada hujung Nouns tersebut kerana semua perkataan Nouns Bahasa Inggeris akan diakhiri dengan 's' untuk "countable" dan tanpa 's' bagi "uncountable noun".

Sebelum saya memberi penjelasan saya tentang nouns, saya akan menterjemahkan apa yang tertulis pada halaman 1 buku ini. Untuk terjemahan terhadap kandungan daripada buku "Practical English Usage [English as a Second Language] ini saya tidak akan memberi ulasan, kecuali dengan memberi ulasan saya, ianya dapat menambahkan lagi kefahaman anda.

Terjemahan:
What can we see in the picture?
Apakah yang dapat kita lihat di dalam gambar itu?

We can see some boys, some girls, some birds, a dog, a road, a pond, a tree and a car.
Kita dapat melihat beberapa orang budak lelaki, beberapa orang budak perempuan, beberapa ekor burung, seekor anjing, sebatang jalan raya, sebuah kolam, sebatang pokok dan sebuah kereta.

They are the names of people, animals, places, and things.
Mereka adalah nama kepada orang, haiwan, tempat dan benda.

What do we call these words?
Apakah yang kita gelarkan kepada perkataan-perkataan ini?

We call them nouns.
Kita gelarkan mereka kata nama.

Nouns are the names of people, animals, places and things.
Kita boleh simpulkan bahawa Nouns adalah nama orang, haiwan, tempat dan benda.


Ulasan Zainuddin:
Saya hanya ada ulasan ringkas di sini tentang apa itu Nouns, iaitu Nouns adalah perkara paling asas yang perlu kita fahami, sebelum kita mempelajari perkara-perkara lain selepas ini.

No comments:

Post a Comment